Bagikandakwah – Sahabat dakwah, Jika pria bisa memilih
seorang wanita untuk menjadi pasangan maka wanita sebaliknya tidak bisa
memilih, tapi wanita juga berhak menolak pinangan pria yang sekitar tidak akan
membawa kebaikan dunia-akhirat setelah menikah dengan pria tersebut. Berikut
ini lelaki yang hedaknya dihindari oleh para muslimah:
1. Lelaki yang Berani Meninggalkan Sholat
Orang yang berani meninggalkan sholat, berarti telah berani
mengkhianati Allah, apalagi amanah manusia. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa
sallam bersabda, “Perjanjian kami dengan mereka adalah sholat. Orang yang meninggalkannya,
berarti dia telah kafir.” (HR. At-Tirmidzi)
Bagaimana engkau dapat mempercayai suami yang tidak memenuhi
syarat pertama yang diterapkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,
“Jika datang kepadamu orang yang kau sukai agamanya…”, padahal sholat adalah
tiang agama.
2. Lelaki yang Gemar Melakukan Dosa Besar
Misalnya, mabuk, berzina dan berjudi. Hidup bersama suami
seperti ini sama dengan hidup di dalam neraka. Semoga mereka bertaubat kepada
Allah, agar Dia mengampuni mereka.
3. Dayus
Dayus adalah lelaki yang tidak memiliki rasa cemburu kepada
isteri, dan membiarkan anak-isterinya terjerumus dalam maksiat.
Dengan dalih kemajuan zaman, peradaban moden, dan
perkembangan dunia, dia melarang isterinya berjilbab kerana hal ini dianggapnya
kuno dan membolehkan isterinya berbual mesra bersama kawan-kawan lelaki, dan
berketawa dengan laki-laki lain.
4. Anak Mama (Manja)
Lelaki yang manja bukanlah laki-laki sejati. Dia tidak akan
mampu mengambil keputusan secara mandiri tanpa merujuk kepada ibunya.
5. Lelaki yang Sangat Jauh Lebih Tua
Engkau berusia 20 tahun, dia 60 tahun. Untuk apa? Harta?
Kerana dia memenuhi nafsumu untuk memiliki gaun-gaun indah dan perhiasan?
Namun, ada satu pekara yang tidak kau pertimbangkan, bahawa
pada usia itu, nafsu s3ksualmu sedang membara, sedangkan nafsunya hampir padam.
Bagaimana mengatasi masalah ini, wahai gadis muslimah?
6. Lelaki yang Sombong dan Senang Membanggakan Diri
Orang yang memiliki mentalitas seperti ini tidak mengenal
perasaan cinta. Dia hanya mencintai diri sendiri. Jika dia menikah, dia tidak
menikah kerana cinta, tapi kerana nafsunya menginginkan wanita itu.
7. Workaholic (Gila Kerja)
Orang yang gila kerja hanya mengenal kerja. Dia akan
terus-menerus bekerja tanpa lelah dan bosan, demi kekayaan, status sosial yang
tinggi, atau penghormatan orang lain.
Baginya, pernikahan hanyalah pelengkap status sosial. Isteri
tak ubahnya seperti perkakas rumah tangga. Jika dia perlu, dia memakainya
dengan perasaan yang dingin.
Banyak wanita yang terhormat dan suci yang merasakan masalah
s3ksual dan emosional kerana diabaikan suami yang hanya memberikannya harta dan
makanan yang lezat.
8. Menderhaka Kepada Orang Tua
Lekaki yang seperti ini sebenarnya menderita sakit dan harus
segera disembuhkan. Dia harus tahu, bahawa orang lain akan bersikap kepada
dirinya sebagaimana dia bersikap kepada orang lain.
Jika dia tidak berbakti kepada orang tua, tidak menuruti
perintah mereka, padahal mereka memiliki hak untuk dipatuhi, apakah dia
berharap isterinya akan berbakti dan menuruti perintahnya semata-mata kerana
dia punya hak untuk itu?
9. Lelaki yang Lembut
Orang ini tidak dapat disebut sebagai lelaki, kerana
sifat-sifatnya bukan sifat lelaki; gaya, kata-kata, gerakan, dan pikirannya lebih
menyerupai wanita.
Dia tidak dapat diandalkan dalam kehidupan dan tidak
memiliki kesiapan untuk memikul tanggung jawab. Sayangnya, lelaki seperti ini
sangat banyak di zaman sekarang. Semoga Allah tidak memperbanyak jumlah mereka
lagi.
10. Lelaki yang Kedekut
Kedekut adalah penyakit yang susah disembuhkan. orang yang
kedekut tidak dapat menyenangkan dirinya ataupun orang lain kecuali setelah dia
mati. Kerana ini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang kita
bersifat kedekut, belia bersabda,
وَاتَّقُوا الشُّحَّ فَإِنَّ الشُّحَّ أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ حَمَلَهُمْ عَلَى أَنْ سَفَكُوا دِمَاءَهُمْ وَاسْتَحَلُّوا مَحَارِمَهُمْ
“…Dan hindarilah sifat kedekut, kerana kedekut telah
menghancurkan orang-orang sebelum kamu, membuat mereka saling bunuh dan
melanggar kehormatan orang lain.” (HR. Muslim).
Itulah 10 ciri pria yang harus dihindari para muslimah,
semoga kalian mendapatkan jodoh yang bisa mendekatkan kepada Allah.
Sumber: islamituindah.com.my