Bagikandakwah – Hidayah bisa didapat oleh siapapun yang
dikehendaki Allah, Kadar iman seseorang itu bisa naik dan juga bisa turun.
Pertanyaan
Adakah kita perlu mengqada’ solat (wajib atau sunat) yang
tertinggal dengan sengaja, malas dan lalai? Bagaimana dengan solat yang
ditinggalkan semenjak aqil baligh? Apakah kita hanya dituntut supaya bertaubat
dan tidak perlu mengqada’nya?
Jawaban:
Firman Allah SWT:
… إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا
“… sungguh, shalat itu adalah
kewajiban yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.” (QS.
an-Nisa: 103)
Ayat ini menunjukkan bahawa solat fardhu menjadi kewajipan
orang Islam dan mempunyai waktunya yang telah ditetapkan. Sebelum saya menjawab
permasalahan ini, suka dinyatakan berkenaan dengan hukum meninggalkan solat.
Pengarang al-Fiqh al-Manhajimenyebut: Orang yang
meninggalkan kerana mengingkari hukum wajibnya atau sengaja mempersendakannya
akan menjadi kafir dan terkeluar daripada agama Islam.
Pihak pemerintah wajib menyuruhnya bertaubat dan tidak boleh
membiarkannya demikian sehingga dia bertaubat dan kembali mendirikan sholat.
Jika dia terus mengingkarinya, dia akan dihukum bunuh
sebagai seorang murtad dan mayatnya tidak boleh dimandikan, dikafankan dan
disembahyangkan. Juga tidak harus dikebumikan di tanah perkuburan orang Islam
kerana dia bukan lagi di kalangan mereka.
Sementara orang yang meninggalkan solat kerana malas tetapi
masih meyakini hukum wajibnya, pihak pemerintah hendaklah memaksanya
mengqada’kan solat dan bertaubat daripada kesalahan meninggalkannya.
Jika masih ingkar untuk mengqada’nya, maka dia wajib dihukum
bunuh mengikut hukuman yang disyariatkan atas orang Islam yang melakukan
maksiat.
Hal ini kerana hukuman ke atas orang yang meninggalkan
perkara fardhu adalah wajib diperangi tetapi selepas dibunuh dia masih dianggap
seorang Islam. Oleh itu, jenazahnya, pengebumian dan pembahagian hartanya
hendaklah diuruskan menurut syariat Islam.
Berkenaan dengan soalan di atas, pendapat yang masyhur dalam
Mazhab Syafie hendaklah diqada’kan solat yang telah ditinggalkan walaupun bukan
dengan sebab tertidur atau lupa.
Ini kerana hutang Allah SWT lebih utama dibayar. Berkenaan
dengan solat yang ditinggalkan semenjak aqil baligh, maka hendaklah diqada’
semampu yang mungkin walaupun secara beransur-ansur sehingga selesai, di
samping bertaubat kepada Allah SWT.
Mereka hendaklah menghitung solat yang ditinggalkan dengan
ghalib zan atau yakin supaya dapat diqada’kan semua solat yang pernah
ditinggalkan.
Walaupun begitu kita yakin dengan sifat keampunan Tuhan dan
penerimaan taubatnya di samping beriman dengan firman Allah SWT:
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا …
“Allah tidak membebani seseorang
melainkan sesuai dengan kesanggupannya …” (QS. al-Baqarah: 286)
Berkenaan dengan qada’ amalan sunat hukumnya sunat, seperti
yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Adapun taubat juga perlu tetapi
tidak memadai dengannya sahaja, mesti diqada’ juga berdasarkan arahan
Rasulullah SAW.
Cara
Mengqodho’ Sholat
Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada solat yang
ditinggalkan kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada
solat yang sengaja ditinggalkan.
Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kerana
lalai semasa “muda-muda dulu”. Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan
bertaubat sahaja.
Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah s.a.w.
sendiri menqada solat yang ditinggalkan walaupun Baginda tidak tertidur atau
terlupa. Tidak ada qada dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qada tapi tidak
perlu sebut perkataan qadha semasa niat.
Qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan
tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai
“waktu Allah”, qadha “waktu kita”
Dari ‘Aisyah r.a katanya: ”Apabila Rasulullah s.a.w. lupa
solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda
menggantinya pada siang hari dua belas rakaat.” (HR. Muslim)
Ada orang bertanya: Jika kita tertinggal solat (sengaja dan
tidak sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an; banyak waktu),
perlukah di qada semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan
melakukan solat taubat?
Jawabnya, Wajib qada solat yang telah tertinggal. Disini ada
dua cara untuk qada, pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah
tinggalkan solat fardhunya, maka qadakanlah mengikut bilangan yang telah
ditinggalkannya.
Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa
banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran
berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat
itu sudah diqada kesemuanya.
Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu
lakukan solat qada, buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah. Selain
itu ada juga orang bertanya, jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada
semua solat itu ( tetapi sudah buat solat taubat ) bagaimana ?
Soal jika meninggal sebelum sempat meng’qada kesemua solat
itu, semuanya bergantung pada Allah, akan tetapi jika kita telah benar-benar
insaf dan niat untuk qada’ kesemua solat dan telah melakukan solat taubat
dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, insyaAllah
akan diampuni dosa-dosanya.
Untuk pengetahuan semua, qada solat fardhu boleh dilakukan
pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini
bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah SWT. Aamiin
Sumber: islamituindah.info